noorsakila

be the good best!!!!!

Isnin, 26 Mei 2014

SAINS TINGKATAN 3[BAB 3-Perkumuhan]

3 Organ Perkumuhan Manusia:
  1. Kulit 
  2. Peparu 
  3. Ginjal 
::KULIT::  


Bahan buangan : Air, Urea, dan Garam Mineral
Cara perkumuhan : Berpeluh
Proses berpeluh :
  1. Air berlebihan, Urea, dan garam mineral daripada darah keluar daripada kapilari darah
  2. Bahan buangan itu memasuki Kelenjar peluh
  3. Bahan buangan di simpan di dalam Duktus peluh
  4. Apabila cuaca panas, atau melakukan aktiviti cergas, peluh akan dikeluarkan melalui liang peluh.
::PEPARU::


Bahan buangan : Karbon dioksida, dan Wap air
Cara perkumuhan : Menghembus nafas

Proses menghembus nafas :
[Sila rujuk bab 2]


::GINJAL::


Ciri-ciri ginjal : 
  • Sepasang organ berbentuk kacang
  • Berwarna merah gelap
  • Terletak pada kiri dan kanan di bahagian bawah rongga abdomen
  • Ia dilindungi dan diselaputi dengan membran keras yang dikenali sebagai Kapsul
Bahan buangan : Air, Urea, dan Garam Mineral
Cara perkumuhan : Penghasilan air kencing.




PROSES PEMBENTUKAN AIR KENCING DI GINJAL:
  1.  Darah dari aorta memasuki ginjal melalui saluranarteri renal
  2. Darah terus memasuki medula dan darah ditapis
  3. Darah ditapis di kapilari darah yang sangat halus dan dikenali sebagai glomerulus
  4. Hanya molekul yang kecil sahaja yang ditapis keluar iaitu UREA, AIR dan GARAM MINERAL. Hasil tapisan tersebut akan dikumpulkan di pelvis ginjal dan dikenali sebagai AIR KENCING.
  5. Bahan yang bersaiz besar seperti sel-sel darah merah dan protein akan terus meninggalkan ginjal dan memasuki vena renal.
  6. Air kencing yang telah terhasil akan memasuki ureterdan terus ke pundi kencing
  7. Air kencing akan disimpan sementara di dalam pundi kencing sehingga ia penuh
  8. Jika pundi kencing penuh, ia akan mengecut dan mengepam air kencing keluar dari badan melaluiuretra.      
KEGAGALAN FUNGSI GINJAL:
  • Menggunakan Mesin Dialisis (Hemodialisis)

Mesin ini digunakan bagi membantu pesakit yang ginjalnya tidak berfungsi untuk menapis darah bagi menghasilkan air kencing. Pesakit perlu menjalani rawatan ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu dan untuk setiap rawatan ia memerlukan masa lebih kurang 8 hingga 10 jam. Namun kaedah ini tidak boleh merawat pesakit dari pulih dari masalah kegagalan ginjal berfungsi dan pesakit harus menjalani rawatan dialisis ini sepanjang hayat.
  • Pemindahan Buah Pinggang/Ginjal (Kidney transplant)
Kaedah ini merupakan pembedahan yang dilakukan oleh pakar perubatan di mana pesakit mendapat ginjal yang baru dari penderma. Penderma buah pinggang ini perlulah sesuai dengan pesakit. Setelah pemindahan dilakukan, pesakit akan sembuh dan tidak perlu melakukan hemodialisis. Namun, untuk mendapat ginjal yang sepadan adalah amat sukar.

PERKUMUHAN TUMBUHAN:


Tumbuhan tidak mempunyai organ perkhumuhan seperti manusia dan haiwan. Oleh itu, ia menggunaka bahagian tertentu untuk menyimpan dan menyingkirkan bahan buangannya seperti DAUN, BUNGA, KULIT POKOK danBUAH.

PARA PELAJAR HARUS INGAT!!!
Tumbuhan akan sentiasa menyingkirkan tiga bahan utama: OKSIGEN, KARBON DIOKSIDA, WAP AIR. Semua bahan tersebut disingkir secara berterusan semasa:
Fotosintesis : Oksigen
Respirasi : Karbon Dioksida
Transpirasi : Wap air

Selain itu, tumbuhan juga menyingkirkan bahan buangan kompleks seperti berikut:

 



SAINS TINGKATAN 3 [BAB 2-Peradaran Darah Dan Pengangkutan]


      SISTEM PENGANGKUTAN DALAM BADAN                                                    MANUSIA


Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan.



Struktur jantung manusia

Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti jantung berhenti terus. LOL!

Jantung juga merupakan organ pertama yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!



Salur darah manusia arteri vena dan kapilari


Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari, arteri dan vena

KAPILARI DARAH
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.

ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.

VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.



Sistem peredaran darah dalam badan manusia

                                   DARAH MANUSIA



                      KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA
terdapat empat komponen darah iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.
SEL DARAH MERAH

Sel darah merah mengandungi pigmen merah, iaitu hemoglobin. Sel darah merah berbentuk cekera dwicekung dan tidak bernukleus. Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam hemoglobin ke seluruh badan. Jangka hayatnya adalah selama 120 hari.




SEL DARAH PUTIH 
Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk
yang tetap dan mempunyai nukleus.
Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit.







PLATLET 
Platlet pula ialah serpihan kecil sel yang pecah dan berbentuk tidak sekata.
Platlet tidak mempunyai mukleus dan berfungsi untuk membantu
dalam pembekuandarah untuk menghentikan pendarahan.






PLASMA 
Plasma pula mengandungi 90% air dan 10% bahan terlarut seperti makanan tercerna, garam mineral, vitamin serta bahan kumuh. Plasma berfungsi untuk mengekalkan suhu badan, membawa hormon ke tisu-tisu badan, mengangkut  makanan tercerna ke sel-sel dan mengangkut hasil perkumuhan dari sel-sel.



KUMPULAN DARAH MANUSIA,,,

Darah manusia dapat dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza.Keempat-empat kumpulan itu ialah A,B,AB, dan O.

Penderma Universal
Kumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja. 

Oleh itu kumpulan darah O juga dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.

Penerima Universal
Mankala Kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja.

Oleh itu kumpulan darah AB juga dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan.


Langkah Pengendalian dan Penyimpanan Darah Yang Didermakan


 Terdapat 6 langkah bagi mengendalikan darah yang diderma sehingga siap digunakan oleh penerima. 

Langkah 1
Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod derma darah juga akan disemak bagi memastikan kali terakhir penderma mendermakan darah adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu. 


Langkah 2
Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.

Beg darah mengandungi 400cm3 darah


Langkah 3
Darah yang diderma kemudiannya akan diuji bagi menentukan kumpulan darah ABO. Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesesuaian darah penderma dengan darah pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Jika tidak memastikan kumpulan yang betul, proses pemindahan darah akan bertambah sulit.


Langkah 4
Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B dan C, AIDS dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus seperti virus imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak dikehendaki juga akan dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan.

Darah yang diderma perlu diuji


Langkah 5
Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5  - 10 hari ataupun lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya komponen darah boleh disimpan seperti berikut:
Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari
Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari
Plasma - dibekukan selama 1 tahun

Darah yang didermakan dipindah melalui vena pada lengan


Langkah 6
Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi sebelum itu, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah tersebut diuji lagi sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini diteruskan pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena pada lengan.


Sistem Pengangkutan Dalam Tumbuhan
Sistem pengangkutan dalam tumbuhan adalah untuk membantu membawa bahan-bahan ke seluruh bahagian tumbuhan. Ia nya terdiri daripada tiub-tiub nipis yang dipanggil berkas vaskular dan boleh ditemui dalam batang, daun dan akar.


struktur floem dan xilem dalam sistem pengangkutan tumbuhan

Struktur floem berada pada bahagian luar berkas vaskular. Floem berfungsi untuk mengangkut hasil fotosintesis  dari daun ke seluruh bahagian tumbuhan.

Manakala struktur xilem pula boleh ditemui pada bahagian dalam berkas vaskular. Xilem berfungsi untuk mengangkut air dan mineral terlarut dari akar ke daun. Selain itu ia nya juga memberi sokongan kepada tumbuhan.

transpirasi

Transpirasi pula adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air.

Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkan nya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.

Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.


faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi


Semakin luas permukaan daun, semakin banyak bilangan stoma pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.

Cahaya merangsang bukaan stoma. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.

Semakin tinggi suhu pada persekitaran, maka semakin tinggi juga lah kadar transpirasi yang berlaku.

Semakin tinggi kelembapan udara, semakin rendah kadar transpirasi. Ini kerana, udara lembap mengandungi banyak wap air.

Semakin laju pergerakan udara, semakin tinggi kadar transpirasi kerana banyak wap air yang dipindahkan.