SISTEM PENGANGKUTAN DALAM BADAN MANUSIA
Jantung merupakan antara organ yang paling penting dalam badan manusia. Jantung juga adalah organ yang tidak pernah berhenti berdegup dalam menjalankan tugas mengepam darah ke seluruh badan.
Jantung adalah berbentuk kon. Genggam jari anda sebesar penumbuk, dan itulah lebih kurang saiz jantung kita. Dikatakan bahawa jantung juga akan berhenti berdegup seketika semasa kita bersin. Jadi, jangan bersin lama-lama, takut nanti jantung berhenti terus. LOL!
Jantung juga merupakan organ pertama yang tercipta saat pembentukan bayi, iaitu kira-kira 4 minggu setelah bercantumnya sperma dan ovum. Pusaran cap jari kita terbentuk kerana pergerakan dan saluran darah semasa kita bayi dulu!
Terdapat 3 jenis salur darah yang ada dalam badan manusia, iaitu kapilari, arteri dan vena
KAPILARI DARAH
Kapirlari adalah salur darah yang paling kecil. Salur darah ini sangat nipis, dan ini membenarkan berlakunya pertukaran bahan-bahan antara darah dan badan.
ARTERI
Arteri adalah salur darah yang tebal dan membawa darah keluar dari jantung. Kenapa perlu tebal? Sebab tekanan tinggi diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh badan. Kalau nipis, mungkin salur akan pecah akibat tak mampu menanggung tekanan tersebut.
VENA
Vena adalah salur darah yang membawa darah ke jantung. Uniknya vena, kerana ia nya mempunyai struktur "penghalang" disebut sebagai injap. Injap akan menghalang darah tidak beroksigen daripada berpatah balik dan bercampur dengan darah yang beroksigen.
DARAH MANUSIA
KOMPONEN DARAH DAN FUNGSINYA
terdapat empat komponen darah iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.
SEL DARAH MERAH
terdapat empat komponen darah iaitu sel darah merah, sel darah putih, platlet dan plasma.
SEL DARAH MERAH
Sel darah merah mengandungi pigmen merah, iaitu hemoglobin. Sel darah merah berbentuk cekera dwicekung dan tidak bernukleus. Sel darah merah berfungsi untuk mengangkut oksigen dalam hemoglobin ke seluruh badan. Jangka hayatnya adalah selama 120 hari.
Sel darah putih pula adalah sel yang tidak mempunyai bentuk
yang tetap dan mempunyai nukleus.
Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit.
yang tetap dan mempunyai nukleus.
Sel darah putih berfungsi untuk melawan jangkitan penyakit.
Platlet pula ialah serpihan kecil sel yang pecah dan berbentuk tidak sekata.
Platlet tidak mempunyai mukleus dan berfungsi untuk membantu
dalam pembekuandarah untuk menghentikan pendarahan.
Platlet tidak mempunyai mukleus dan berfungsi untuk membantu
dalam pembekuandarah untuk menghentikan pendarahan.
PLASMA
Plasma pula mengandungi 90% air dan 10% bahan terlarut seperti makanan tercerna, garam mineral, vitamin serta bahan kumuh. Plasma berfungsi untuk mengekalkan suhu badan, membawa hormon ke tisu-tisu badan, mengangkut makanan tercerna ke sel-sel dan mengangkut hasil perkumuhan dari sel-sel.
KUMPULAN DARAH MANUSIA,,,
Darah manusia dapat dikelaskan kepada empat kumpulan yang berbeza.Keempat-empat kumpulan itu ialah A,B,AB, dan O.
Penderma Universal
Kumpulan darah O boleh menderma kepada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menerima daripada kumpulan darah O sahaja.
Oleh itu kumpulan darah O juga dikenali sebagai Penderma Universal kerana boleh mendermakan darahnya kepada semua kumpulan.
Penerima Universal
Mankala Kumpulan darah AB pula boleh menerima daripada SEMUA kumpulan darah, tetapi hanya boleh menderma kepada kumpulan AB sahaja.
Oleh itu kumpulan darah AB juga dikenali sebagai Penerima Universal kerana boleh menerima darahnya daripada semua kumpulan.
Langkah Pengendalian dan Penyimpanan Darah Yang Didermakan
Terdapat 6 langkah bagi mengendalikan darah yang diderma sehingga siap digunakan oleh penerima.
Langkah 1Penderma diberi kaunseling percuma oleh pihak klinik. Penderma akan diperiksa sama ada layak atau pun tidak untuk mendermakan darah. Rekod derma darah juga akan disemak bagi memastikan kali terakhir penderma mendermakan darah adalah sekurang-kurangnya 90 hari yang lalu.
Langkah 2
Penderma akn mendermakan darah. Darah yang didermakan adalah lebih kurang 400 cm3. Darah diambil melalui vena pada lengan. Darah kemudiannya disimpan dalam beg darah yang berisi natrium sitrat. Tujuannya adalah bagi menghalang pembekuan darah. Masa yang diambil bagi menyalurkan satu beg darah adalah kira-kira 5-10 minit.
Langkah 3
Darah yang diderma kemudiannya akan diuji bagi menentukan kumpulan darah ABO. Ini adalah langkah penting bagi memastikan kesesuaian darah penderma dengan darah pesakit yang bakal menerima darah tersebut. Jika tidak memastikan kumpulan yang betul, proses pemindahan darah akan bertambah sulit.
Langkah 4
Saringan darah dilakukan bagi sebarang tanda penyakit seperti Hepatitis B dan C, AIDS dan penaykit pemindahan darah yang lain. Kehadiran virus seperti virus imunodefesiensi manusia (HIV) dan bahan yang tidak dikehendaki juga akan dikenalpasti. Beg darah yang dicemari akan disingkirkan.
Langkah 5
Setelah dipastikan darah adalah benar-benar bersih dan sihat, maka darah akan disimpan dalam peti sejuk pada suhu 4 C selama 5 - 10 hari ataupun lebih lama setelah ditambahkan dengan glukosa. Secara spesifiknya komponen darah boleh disimpan seperti berikut:
Sel darah merah - dalam peti sejuk selama 42 hari
Platlet - pada suhu bilik selama 5 hari
Plasma - dibekukan selama 1 tahun
Langkah 6
Langkah terakhir adalah pesakit menerima darah yang diderma. Tetapi sebelum itu, bagi memastikan tahap kebersihan dan kesihatan, maka darah tersebut diuji lagi sekali. Kemudiannya proses pemindahan darah ini diteruskan pada kadar dan suhu yang betul juga adalah melalui vena pada lengan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan